Agong berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

TANJUNG BIDARA 4 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, di sini, hari ini.

Seri Paduka tiba pada jam 3 petang diiringi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Ab Rauf dan isteri Datin Seri Utama Zuriyah Ab Aziz.

Turut bersama menyambut ketibaan Sultan Ibrahim ialah barisan kepimpinan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Rakyat jelata dan tetamu yang hadir turut tidak melepaskan peluang menunggu ketibaan Seri Paduka yang julung kali mencemar duli ke Negeri Melaka selepas dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, 31 Januari lalu.

Majlis Rumah Terbuka itu dijadual berlangsung dari petang hingga jam 11 malam dengan menyajikan pelbagai jenis juadah kepada tetamu, termasuk makanan ikonik Negeri Melaka.

Sepanjang majlis berlangsung terdapat empat parkir awam disediakan berhampiran lokasi majlis.

Parkir awam 1 terletak 30 meter dari Persimpangan Lampu Isyarat Jeram menghala ke Kampung Pulau, diikuti parkir awam 2 dan 3 terletak 50 meter dari persimpangan yang sama, manakala parkir awam 4 pula ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram.

Bagi memudahkan akses tetamu ke lokasi majlis, bas dan van perantara (shuttle bus) turut disediakan berhampiran kawasan parkir awam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2817
Kongsi :
Previous post Melaka masih tunggu status terkini loji WTE
Next post Sultan Ibrahim berkenan luang masa lebih satu jam di Kampung Pulau
Ubah saiz-+=