Melaka masih tunggu status terkini loji WTE

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SUNGAI UDANG 4 Mei – Kerajaan Negeri masih menunggu status terbaharu pembinaan loji Sisa ke Tenaga (WTE) di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, proses pecah tanah sepatutnya dilaksanakan tahun ini, namun sehingga kini ia masih tiada kata putus.

Beliau berkata, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu menyegerakan pembinaan loji WTE itu bagi mengatasi lambakan sampah di tapak pelupusan sedia ada yang kini semakin tenat.

“Saya berharap agar kita pembinaan WTE ini dapat disegerakan di Sungai Udang namun kita perlu menunggu status terbaharu daripada pihak KPKT.

“Sepatutnya tahun ini sekurang-kurangnya akan ada majlis pecah tanah tapi kita masih menunggu apa status terbaharu dan masih mengharapkan maklum balas dari pihak KPKT.

“Saya minta pihak kementerian (KPKT) memandang serius perkara ini serta dapat disegerakan memandangkan tapak pelupusan yang sedia ada ini tidak dapat menampung penghasilan sampah yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Sungai Udang di Japerun Sungai Udang malam tadi.

Img 20240504 Wa0012
RAIS

Rais yang juga Penyelaras Japerun Sungai Udang berkata, kelewatan pembinaan loji WTE itu akan menimbulkan pelbagai masalah.

“Sampah semakin hari semakin banyak namun kawasan untuk pelupusan semakin berkurang dan apa yang lebih membimbangkan adalah sisa buangan dari industri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

596
Kongsi :
Previous post Produk interaktif 3D di Menara Taming Sari
Next post Agong berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Ubah saiz-+=