Agong berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 2 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka pada 4 Mei ini (Sabtu).

Majlis yang akan diadakan di Villa d’Acqua Kampung Pulau, Masjid Tanah itu sekali gus terpahat sebagai keberangkatan pertama Seri Paduka Baginda ke Negeri Melaka selepas ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, 31 Januari lalu.

Sambutan itu juga bakal diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, selain barisan kepimpinan Kerajaan Negeri dan tetamu dari dalam dan luar Melaka.

Untuk makluman, terdapat perubahan jalan sepanjang program berlangsung.

Perubahan itu membabitkan jalan dari Persimpangan Lampu Isyarat Jeram hingga ke Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Redan yang mana jalan berkenaan berubah menjadi jalan sehala untuk ke lokasi sambutan.

Aliran trafik kembali menjadi dua hala bermula dari SK Lubok Redan menuju ke simpang tiga menuju ke Pengkalan Balak dan Kuala Sungai Baru.

Jawatankuasa Penganjur turut memaklumkan terdapat empat parkir awam disediakan berhampiran lokasi majlis.

Parkir awam 1 terletak 30 meter dari Persimpangan Lampu Isyarat Jeram, diikuti parkir awam 2 dan 3 terletak 50 meter dari persimpangan yang sama, manakala parkir awam 4 pula ialah di SK Jeram.

Bagi memudahkan akses tetamu ke lokasi majlis, bas perantara (shuttle bus) turut disediakan berhampiran kawasan parkir awam.

Orang ramai dijemput hadir dan dinasihatkan mematuhi papan tanda arah yang ditetapkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5875
Kongsi :
Previous post Lawatan kerja PM bina keyakinan syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Next post Pembinaan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak bermula Julai ini
Ubah saiz-+=