Air Mata Palestin – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KRUBONG 29 Oktober – Puisi bertajuk Air Mata Palestin dideklamasikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Mega Road Tour Himpunan Satu Juta Pembela Palestin di perkarangan Stadium Hang Jebat, di sini hari ini.

Air Mata Palestin

Tangisan itu memanggil-manggil naluriku

Ratapan itu terngiang-ngiang di telingaku

Suara wanita yang tidak bermaya

Jeritan si kecil yang tidak berdosa

Ratapan ibu yang tidak berdaya,

Percikan darah tanpa nama

Nyawa perwira syahid dimamah derita

Kau biarkan mereka dilapah kezaliman

Kau tinggalkan mereka di penjara neraka

Suara sayu memanggil-manggil namamu

Bumi Gaza diinjak-injak kejam

Oleh bangsa durjana yang penuh muslihat

Tergamakkah kau sekadar melihat

Saudaramu bergelimpangan tanpa pusara

Adakah kita, hanya menjadi penonton setia

Sedangkan anak-anak kecil dibunuh percuma

Tanpa kau rasa duka

Tanpa matamu berkaca

Kau biarkan mereka dihimpit derita

Wahai manusia dunia

Manakah janji, bahawa kita bersaudara?

Bangkitlah saudara-saudaraku

Bangkitlah dengan air mata keinsafan

Hulurkan tangan ehsan dan simpatimu

Demi Tuhan!!!

Demi Allah, Demi Rasul, bebaskan Palestin!

Buat Palestin yang dipenjara nestapa

Allahu Akbar!!!

Allahu Akbar!!!

Allahu Akbar!!!

Laungan ‘Hidup Palestin’, ‘Merdeka Palestin’ dan ‘Hancur Zionis’ turut bergema di Mega Road Tour Himpunan Satu Juta Pembela Palestin,  di sini hari ini.

Tinjauan Melaka Hari Ini di lokasi mendapati, lebih 5,000 masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa, hadir menyertai perhimpunan menyatakan solidariti terhadap Palestin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1046
Kongsi :
Previous post Masih ada Orang Asli tiada rumah
Next post Syukuri nikmat kebebasan dan ambil iktibar kemelut peperangan
Ubah saiz-+=