Syukuri nikmat kebebasan dan ambil iktibar kemelut peperangan

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

ASAHAN 29 Oktober – Seramai 350 Orang Asli di lima buah kampung Orang Asli mengikuti program Jalinan Kasih Mahabbah Peringkat Daerah Jasin 2023 selama dua hari satu malam bermula semalam.

Program itu merupakan anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Pejabat Agama Islam Daerah Jasin, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Melaka dan Hidayah Centre Foundation (HCF) dengan kerjasama pelbagai agensi.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Orang Asli Solok Terentang Jus, Lubuk Bandung, Gapam Baru, Air Sialang dan Bukit Seraya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata objektif program berkenaan selain menyampaikan dakwah Islam, ia diharapkan mampu menerapkan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain meskipun berbeza budaya, adat dan kepercayaan.

A189558e Fbbf 4b43 8645 32f9d0ac38bc
Fairul Nizam (tiga dari kiri) menghadiri program Jalinan Kasih Mahabbah peringkat daerah Jasin

“Pelbagai aktiviti diadakan antaranya ceramah agama, pertandingan sepak takraw, saringan kesihatan awam dan banyak lagi selama dua hari satu malam ini dalam satu matlamat perpaduan selari dengan konsep Malaysia Madani.

“Ini juga mengambil iktibar dari negara Palestin yang sedang bergelut dengan kemelut peperangan dan pembunuhan, maka saya menyeru kepada semua untuk mensyukuri nikmat kebebasan dan keharmonian dikecapi selama ini.

“Seperti hari ini, biarpun masyarakat Orang Asli berbilang agama misalnya ‘free thinker’, kristian dan sebahagiannya beragama Islam namun mereka tetap sepakat mengikuti program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Jalinan Kasih Mahabbah di Kampung Orang Asli Solok Terentang, Jus Jasin, semalam.

Mengikut rekod, terdapat 14 kampung Orang Asli dengan 58 keluarga Orang Asli beragama Islam di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

950
Kongsi :
Previous post Air Mata Palestin – Ab Rauf
Next post Melaka lancar Tabung Palestin, beri kebebasan NGO tunjuk solidariti
Ubah saiz-+=