Al Jazeera : 4 individu dipanggil beri keterangan – Bukit Aman

Masa Membaca:57 Saat

KUALA LUMPUR 10 Julai – Empat individu termasuk petugas agensi berita antarabangsa Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung sebuah dokumentari mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin ketika penularan wabak COVID-19.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Amanย DCP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama berkataย antara yang dipanggilย ialahย pengendali dan wartawan Al Jazeera bagi membantu siasatan itu.

Mereka tiba di Bukit Aman bersama tujuh peguam kira-kira 8.50 pagi tadi dan cuba mengelak ditemu bualย pemberita di lokasi.

Kes berkenaan disiasatย menurutย Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 danย Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah, sertaย Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Pada Rabu lepas, Bernama melaporkanย sebanyak lima laporan polis dibuat oleh beberapa pihak termasuk Jabatan Imigresen Malaysia berhubung dokumentari yang disiarkan agensi beritaย ituย dan polis mengenal pasti beberapa individuย untuk dipanggil bagi membantu siasatan kes.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk โ€˜Locked Up in Malaysiaโ€™s Lockdownโ€™ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani COVID-19.

– BERNAMA

Views:

807
Kongsi :
Previous post Surat Sultan Muhammad al-Fateh perlu fakta sahih – PERZIM
Next post Jumaat diumum sebagai Hari Jawi – Zulkifli