
Anak lelaki bekas KM Sabah meninggal dunia
KOTA KINABALU 24 Ogos – Anak lelaki kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, meninggal dunia, hari ini, memetik laporan portal Berita Harian.
Pemergian Mohammed Hayssam, 34, yang juga adik kepada Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez, disahkan dalam kenyataan dikeluarkan pejabat Musa, di sini.
“Dengan amat dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa Mohammed Hayssam Musa sudah meninggal dunia pada 24 Ogos 2021. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.
“Kami meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga dalam tempoh sangat sukar ini.
“Semoga Allah merahmati dan menempatkan roh arwah dalam kalangan mereka yang beriman,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, berita pemergian Mohammed Hayssam yang juga anak ketiga daripada empat beradik, tersebar dalam media sosial, dengan pelbagai pihak turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Selain itu, Allahyarham juga dilapor menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta, di sini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
KERJASAMA PERSEKUTUAN, MELAKA WAJAR JADI CONTOH – PM
PAYA RUMPUT 7 Ogos – Perbezaan fahaman termasuk politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan persahabatan dan kerjasama erat antara...
KPKT JALIN KERJASAMA DENGAN UN-HABITAT BANGUNKAN MY PUBLIC SPACE
PAYA RUMPUT 7 Ogos – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) akan bekerjasama dengan UN-Habitat...
BOMBA BUKA 560 KEKOSONGAN JAWATAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam proses membuka perjawatan baharu bagi mengisi kira-kira...
JBPM SUSUN BALAI BOMBA IKUT TAHAP RISIKO KEBAKARAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini merangka pembangunan balai bomba seluruh negara berdasarkan pendekatan...
SEMBILAN INDIVIDU TERMASUK PEMANDU CEDERA, BAS EKPRES TERBABAS DI NILAI
NILAI 27 Jun - Sembilan individu termasuk pemandu bas cedera dalam kejadian sebuah bas ekspres terbabas di Kilometer 275.4 Lebuhraya...


