Anggota PBT Melaka tingkat ilmu pengetahuan cara kendali pasar awam, pasar malam
AYER KEROH 10 Mei – Seramai 20 anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini mengikuti Kursus Pemeriksaan & Penggredan Pasar Awam dan Pasar Malam di kawasan PBT Tahun 2023 di Dewan Taming Sari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Menerusi kenyataan di Facebook rasmi MBMB, kursus selama dua hari bermula semalam (9 Mei) itu bagi meningkatkan pengetahuan dalam menguruskan pasar awam dan pasar malam di kawasan PBT khususnya dalam aspek kesihatan persekitaran.
“Selain dapat meningkatkan kemahiran teknikal anggota di PBT dalam pemeriksaan dan penggredan pasar awam dan pasar malam.
“Peserta yang terlibat terdiri daripada Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan pegawai yang terlibat dengan pengurusan pasar awam dan pasar malam,” kata kenyataan itu.
Kursus itu merupakan anjuran Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Sesi taklimat disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah JKT, Ahmad Fakurazi Abu Bakar dan Penolong Pengarah JKT, Mustaqim Shukri.
Selepas kursus berkenaan turut diadakan sesi lawatan kerja dan latihan amali pemeriksaan dan penggredan di Pasar Besar MBMB dan Pasar Malam Taman Seri Duyong.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.