Aparment dan hotel ‘port’ lakukan seks dalam kalangan remaja

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

MELAKA, 25 Mac. Jenayah seksual yang direkodkan dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah di negeri ini dilihat dilakukan dengan lebih terancang apabila menjadi apartment dan hotel sebagai lokasi.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, berdasarkan kes yang direkodkan jenayah seksual yang berlaku dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah membimbangkan pihaknya.

Beliau berkata, kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang dilaporkan membabitkan remaja seawal usia 15 dan 16 tahun, malah perbuatan itu berlaku tanpa paksaan sama ada antara pelaku atau mangsa.

ABDUL MAJID memeriksa perbarisan Majlis Sambutan Hari Polis Ke 214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, di sini, hari ini.

“Di Melaka kes jenayah seksual berlaku peningkatan dan menggusarkan kita apabila umur mereka yang terbabit semakin rendah antara 15 dan 16 tahun.

“Selain itu modus operandi juga semakin hebat apabila mereka ini menyewa apartment dan hotel untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu, bahkan ia bagaikan menjadi satu trend,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Polis Ke 214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, di sini, hari ini.

Abdul Majid berkata, bagi tempoh Januari hingga hari ini lima kes direkodkan, manakala 69 kes tahun lalu.

“Kita turut mengesan golongan ini lebih terbuka berkongsi pengalaman apabila melakukan jenayah seksual dengan rakan-rakan di telefon bimbit seolah-olah ia bukan perkara salah.

“Situasi ini amat menggusarkan kami dan saya menyeru kepada ibu bapa agar mengawasi tingkah laku serta pergerakan anak mereka dalam usaha menghindar perkara ini,” katanya.

Beliau berkata, dalam membendung situasi ini daripada terus berleluasa pihaknya kini dalam proses untuk menjalin kerjasama strategik dengan Persatuan Pesara Polis dan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Dalam pada itu beliau berkata, polis Melaka juga mengambil beberapa inisiatif memperkukuhkan hubungan bersama masyarakat bagi pencegahan jenayah, antaranya menghubungi 30 wakil penduduk atau ahli rukun tetangga bagi menyelami pemasalahan setempat atau jenayah yang berlaku.

“Sejak dijalankan pada Disember lalu antara aduan yang banyak diterima ialah jenayah dadah serta aktiviti rempit dan reaksi balas diterima daripada langkah ini ia dilihat mampu mengurangkan masalah dihadapi penduduk,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1504
Kongsi :
Previous post Eksesais MANTIS disambung hingga 2024
Next post Ka Siong hadir majlis pengebumian bapa angkat di Asahan
Ubah saiz-+=