Ka Siong hadir majlis pengebumian bapa angkat di Asahan

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

ASAHAN 25 Mac – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, hari ini, meluangkan masa menghadiri majlis pengebumian bapa angkatnya, Lim Kim Swee di Asahan, Melaka.

Beliau bersama isteri, Datin Seri Jessica Lim Hai Ean sempat memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada bahagian paru-paru Ahad lalu.

Menerusi catatan di laman Facebooknya, Ka Siong yang juga Presiden MCA turut berkongsi rasa sedih di atas pemergian itu.

“Dengan perasaan sedih, saya dan isteri menghadiri majlis pengebumian bapa angkat saya, Lim Kim Swee di Asahan, Melaka.

“Pemergian bapa angkat saya amat dirasai oleh seluruh ahli keluarga dan semoga rohnya sentiasa dirahmati,” katanya.

Ahad lalu, Ka Siong menyampaikan perkhabaran pemergian bapa angkatnya itu menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau.

Menurutnya, mendiang banyak mencurahkan jasa dan pengorbanan bukan sahaja kepada dirinya, bahkan kepada masyarakat.

“Bapa angkat saya merupakan seorang tukang gunting rambut dan kemudiannya menjadi pemilik kedai motosikal di Asahan Melaka.

“Mendiang juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah di SJKC Chong Hua yang terletak di sempadan negeri Johor dan Melaka selama hampir dua dekad.

“Terlalu banyak jasa dan pengorbanan mendiang bukan saja kepada masyarakat, tetapi juga kepada saya selama ini dan akan saya kenang sampai bila-bila,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1216
Kongsi :
Previous post Aparment dan hotel ‘port’ lakukan seks dalam kalangan remaja
Next post Wanita hadapi masalah rumah tangga cuba terjun pangsapuri
Ubah saiz-+=