Bajet 2022 Melaka: Bajet mesra semua kaum – Ban Hong

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

SERI NEGERI 30 Dis – Bajet 2022 Negeri Melaka yang dibentangkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, 27 Dis lalu, disifatkan bajet yang menyeluruh dan mesra semua kaum serta etnik di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang yang juga Pengerusi MCA Melaka, Datuk Lim Ban Hong berkata, kandungan bajet itu merangkumi pelbagai aspek dan sektor berlainan yang boleh membantu bukan sahaja negeri bahkan memberi tempias kepada rakyat secara keseluruhan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, paling utama, bajet yang dibentangkan itu menekankan aspek pemulihan ekonomi yang disifatkan cukup penting selepas negara dan negeri ini berdepan cabaran pandemik COVID-19.

“Bajet ini menyentuh semua aspek pemulihan yang mana ia penting bagi membolehkan negeri ini segera pulih selepas melalui satu episod hitam pandemik COVID-19.

“Usaha memulihkan ekonomi itu penting kerana ia dapat menjamin peluang pekerjaan di negeri ini, selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan baharu untuk rakyat yang terkesan sebelum ini.

“Semua ini sekali gus dapat membantu memelihara daya saing negeri Melaka yang mana ia dapat membantu kita menarik pelaburan berkualiti dan berimpak tinggi di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai menyempurnakan sesi lafaz Ikrar Bebas Rasuah di Seri Negeri, hari ini.

BAN Hong mengetuai bacaan ikrar bebas rasuah bersama sembilan pegawai baharu Pejabat Ketua Menteri sambil disaksikan Sulaiman (kiri). FOTO: Iqmal Haqim Rosman

Mengulas mengenai lafaz ikrar tersebut, Ban Hong berkata, ia sesiati yang amat penting dalam menjamin aspek kecekapan tadbir urus berintegriti di negeri ini yang turut terkandung dalam bajet yang dibentangkan sebelum ini.

Dengan pentadbiran yang cekap dan berintegriti, katanya, ia dapat memacu Melaka sebagai sebuah negeri mesra pelabur, mesra perniagaan dan mesra rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

571
Kongsi :
Previous post Amaran hujan sangat lebat di Jeli, Kelantan, Terengganu dijangka banjir malam ini – JPS
Next post Rebat RM500 mangsa banjir beli barangan elektrik bermula 7 Jan
Ubah saiz-+=