Banjir: Mangsa di Alor Gajah meningkat, Jasin menurun

Masa Membaca:59 Saat

MELAKA 2 Mac – Mangsa banjir di Melaka secara keseluruhan menurun setakat jam 12 tengah hari tadi, lapor Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka.

Bagaimanapun, jumlah mangsa di Alor Gajah meningkat kepada lapan orang berbanding empat orang pagi tadi.

Ia susulan terdapat pertambahan kawasan terjejas di daerah berkenaan dengan pertambahan dua lagi lokasi dinaiki air iaitu Kampung Panchur, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau, selain Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun, Kampung Gadek yang dilaporkan awal tadi.

“Kesemua lapan mangsa membabitkan tiga keluarga di daerah Alor Gajah kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Bukit Tambun yang dibuka 4.30 petang semalam,” kata kenyataan itu.

Sekretariat berkenaan turut memaklumkan, bilangan mangsa di daerah Jasin kini menurun dengan hanya 41 ditempatkan di PPS berbanding 63 pagi tadi.

“Jumlah itu disebabkan jumlah mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Asahan menurun kepada hanya tiga mangsa ekoran banjir mulai surut.

“Bagaimanapun jumlah mangsa di PPS SK Chohong meningkat kepada 38 orang berbanding 31 pagi tadi.

“Setakat ini kawasan terjejas banjir di Jasin masih kekal empat iaitu Kampung Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang, Kampung Bukit Asahan dan Kampung Chohong.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1835
Kongsi :
Previous post Banjir: 12 jam tunggu tanpa makanan, anak lega ibu bapa diselamatkan
Next post PDRM siasat skim pelaburan Sencapital, babitkan kerugian lebih RM6 juta
Ubah saiz-+=