Bayi disimbah minyak panas: Pasangan muda disaran fikir panjang – EXCO

Masa Membaca:59 Saat

TELOK MAS 14 Feb – Pasangan muda disaran berfikir panjang dalam membuat tindakan yang boleh merosakkan keadaan sekililing terutama anak-anak.

EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan, Datuk Kalsom Nordin menyifatkan kejadian bayi disimbah minyak panas di Semabok Dalam, baru-baru ini sebagai kejadian yang menyayat hati.

Katanya, pasangan muda di luar sana perlu mengambil iktibar kejadian seumpama ini dan jadikan pengajaran.

“Dalam kes ini melibatkan pasangan muda iaitu isteri berusia 21 tahun dan suami berusia 24 tahun, bertengkar dan yang mendapat kecederaan parah si anak iaitu bayi berusia empat bulan.

“Kasihanilah anak-anak kita, suami isteri bergaduh, anak jadi mangsa. Fikir panjang sebelum membuat sesuatu tindakan yang boleh mencederakan orang tersayang,” katanya menerusi laman Facebook rasminya semalam.

Beliau turut menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada tiga anak mangsa yang kini dibawah jagaan saudaranya di Kampung Padang Temu, semalam.

Terdahulu, Melaka Hari Ini melaporkan bayi perempuan berusia empat bulan disimbah minyak goreng ayam oleh bapanya selepas berlaku pertengkaran dengan isterinya akibat cemburu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah mengesahkan kes terbabit dan suspek (suami) kini sedang dalam tahanan reman bermula 12 Feb hingga esok.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1030
Kongsi :
Previous post Rezeki terpancing pari RM20,000
Next post Penduduk Malaysia berjumlah 32.4 juta – PM
Ubah saiz-+=