Bekalan air Melaka cukup pada Aidilfitri ini – KM

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

SUNGAI RAMBAI 1 April – Kerajaan Melaka mengulangi jaminan bekalan air di negeri ini mencukupi untuk kegunaan rakyat terutamanya pada perayaan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, jaminan itu memandangkan paras air di tiga empangan utama Negeri Melaka adalah stabil dan melebihi 80 peratus.

“Sebenarnya, (paras empangan) kita belum sampai ke tahap kritikal kerana kesemua empangan melebihi 80 peratus dan kita juga telah menerima hujan dua hari berturut-turut, jadi saya akan melihat sekiranya ada kenaikan paras takungan air di kesemua empangan selepas ini.

“Setakat ini, Melaka tidak masuk di dalam kategori membimbangkan, jadi semua rakyat diminta agar tidak risau kerana raya tetap dirai seperti biasa,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Festival Kuih Tradisional Aidilfitri dan Pelita Raya Melaka 2024 di Dataran Riverside Sungai Rambai, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh; Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Siti Faizah Abd Azis; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Kerk Chee Yee; Pegawai Kewangan negeri, Datuk Salhah Salleh; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri, Sa’ari Basiron serta kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

108
Kongsi :
Previous post 600 warga Ayer Limau khatam al-Quran serentak
Next post Sungai Kesang bakal jadi lokasi ‘River Cruise’ ketiga Melaka
Ubah saiz-+=