Belia kejar nikmat kalam Allah

Masa Membaca:2 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 18 April – Mencari kenalan baharu sambil mengumpul pahala antara kemanisan dan nikmat diperoleh pemuda ini setiap kali dia mengambil bahagian dalam program khatam al-Quran dianjurkan sekitar negeri ini.

Aliff Najmi Musa, 21, berkata, dia sebolehnya cuba untuk hadir ke program berkenaan yang kebiasannya dianjurkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT), agensi atau jabatan Kerajaan Negeri Melaka.

Penuntut Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) ini juga berasa selesa menghabiskan lebih banyak masa berada dalam majlis ilmu berbanding melakukan aktiviti yang boleh melalaikan.

photo1681390510
ALIFF NAJMI. Foto: MR. AZLI

Baginya al-Quran adalah kitab suci yang menjadi penerangan kehidupan dan hidayah untuk ke jalan Allah SWT kepada mereka yang mencarinya.

“Sejak kecil lagi saya sudah ambil bahagian dalam program ilmu ini. Jadi setiap tahun khusus setiap kali Ramadan saya menunggu untuk mengambil bahagian dalam program khatam al-Quran yang dianjurkan.

photo1681390177 (1)

PESERTA khusyuk membaca al-Quran pada Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2023 di Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh. Foto: MR. AZLI

“Rugi kalau terlepas, apa tidaknya pahala membaca al-Quran sepanjang Ramadan berlipat kali ganda. Saya melatih diri untuk merasai kemanisan mengalunkan ayat suci al-Quran,” katanya ketika ditemui di Masjid Al-Alami MITC, di sini, baru-baru ini.

photo1681390177 (2)

PESERTA khusyuk membaca al-Quran pada Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2023 di Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh. Foto: MR. AZLI

Dia juga sentiasa berdoa agar hatinya terus terbuka untuk mengambil bahagian dalam program khatam al-Quran dengan harapan dapat mengumpul pahala sebanyak mungkin.

photo1681390647
FATIN NATASYA. Foto: MR. AZLI

Seorang lagi peserta Fatin Natasya Hasan Ashari, 21, menganggap program keilmuan itu mampu membimbing umat Islam khususnya pelajar memperbetulkan bacaan ayat suci al-Quran.

“Alhamdulillah program sebegini sangat bagus sebab kita boleh kenal ramai rakan baharu dan boleh betulkan bacaan kita.

“Saya yakin ramai yang tahu membaca al-Quran, namun tidak ada yang membimbing mereka mengikut cara yang betul,” katanya.

photo1681390177 (3)
SEBAHAGIAN peserta yang menyertai bacaan al-Quran sempena bulan Ramadan pada Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2023 di Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh.
Program ini juga dapat memberi peluang kepada golongan belia untuk membina jati diri dan pembangunan modal insan. Dengan aktiviti ini, kita dapat mendekatkan diri dengan ilmu keagamaan khususnya al-Quran sekali gus menghayati amalan sunnah pada bulan Ramadan. Foto: MR. AZLI

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1434
Kongsi :
Previous post Segera selesai projek sakit – KM
Next post UTeM terima dividen paling tinggi dalam sejarah
Ubah saiz-+=