
Segera selesai projek sakit – KM
AYER KEROH 19 April – Semua projek sakit ‘eyesore’ yang merosakkan pandangan sekitar negeri ini perlu diselesaikan dengan segera kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ab Rauf berkata antara projek sakit itu adalah Planetarium di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), bangunan terbiar K-Ekonomi, monorel dan Dolphin Park di Pulau Melaka.
Katanya antara projek lain adalah bangunan-bangunan komersial CMI, ‘Arab City’ di Pulau Melaka dan Panggung Cathay atau Panggung Bangsawan Melaka.
“Tindakan segera perlu diambil bagi menjaga imej Negeri Melaka yang menjadi destinasi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa. Tindakan serius dan drastik perlu diambil berhubung isu projek sakit bagi memulihkan reputasi Kerajaan Negeri Melaka.
“Saya memandang serius perkara ini kerana tidak ada apa-apa tindakan proaktif dan serius diambil bagi memulihkan projek-projek terbengkalai ini yang saya jangka bernilai ratusan juta ringgit,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2023 bertemakan ‘Bijak Laksana Hang Tuah, Berani Laksana Hang Jebat’ di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TYT RASMI MASJID SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini merasmikan Masjid...
ZIANA ZAIN, AMY SEARCH DAN ST12 GEGARKAN AMBANG MERDEKA 30 OGOS INI
KLEBANG 7 Ogos - Penyanyi terkenal legenda tanah air Ziana Zain dan Datuk Amy Search bakal menjadi antara tarikan utama...
SAADON, KHADIJAH MENITI USIA EMAS DI SYURGA IDAMAN
TELOK MAS 7 Ogos - Hasrat pasangan warga emas ini untuk melalui hari tua di kediaman lebih selesa dipermudahakan apabila...
INANG-INANG TIGA GENERASI TERUS MEKAR DI KAMPUNG KANDANG
AYER MOLEK 7 Ogos – Melihat ibunya semakin uzur dan tidak lagi mampu meneruskan perusahaan inang-inang yang diusahakan sejak turun-temurun,...
HLN 2026: MPHTJ OLAH SISA CANTASAN POKOK JADI HIASAN
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Daripada sisa cantasan pokok dan kayu yang ditebang, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) membuktikan...
HLN 2026: RUMAH TRADISIONAL, LANDSKAP KAMPUNG JADI KEUNIKAN PAVILION MPJ
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Suasana rumah tradisional Melaka yang sarat dengan elemen nostalgia dan kehidupan kampung diketengahkan Majlis Perbandaran...
