Belum ada data rakyat terkesan diterima – Norhizam

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 29 Mei – Kerajaan Melaka meminta rakyat negeri ini yang akan terkesan dengan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama bermula 1 Jun ini tampil dengan membawa data yang lengkap.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata golongan itu meliputi petani, pesawah, penternak serta peniaga kecil di negeri ini.

“Kita minta mereka tampil ke depan dengan membawa data, contohnya lesen perniagaan, berniaga jenis apa, bawa Sijil Pendaftaran Perniagaan SSM serta akaun bank dan hantarkan kepada saya.

“InsyaAllah saya cuba bantu, kepada mereka yang terkesan akibat bencana banjir buatlah laporan polis dan berjumpa saya, bawa sekali dokumen yang sepatutnya nyatakan kerugian dan hantar kepada saya,” katanya kepada MHI.

Norhizam berkata pihaknya akan membawa sendiri perkara tersebut kepada pihak kementerian untuk menyuarakan rintihan rakyat yang terkesan.

“Saya akan dokumentasikan perkara tersebut dan hantar kepada kementerian yang melibatkan melibatkan usahawan dan pertanian.

“Kita (kerajaan negeri) tiada masalah, tugas EXCO untuk membantu rakyat, tetapi jika tiada laporan bagaimana saya nak bertindak, setakat ini belum ada lagi data yang diterima,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

423
Kongsi :
Previous post Bantuan PSU industri pelancongan perlu diteruskan
Next post Lokasi ‘hotspot’ lengang
Ubah saiz-+=