Sorting by

×

Berita baik untuk guru JAIM bakal diumumkan

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BUKIT KATIL 9 Mac – Kerajaan Negeri kini berada pada peringkat akhir untuk mengumumkan kenaikan elaun bulanan kepada guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (KAFA) di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata, keputusan itu dipertimbangkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan 1,465 guru berdaftar di negeri ini.

“Saya percaya terdapat berita gembira yang bakal diumumkan tidak lama lagi, saya tidak berjanji tetapi saya yakin dan percaya berita baik ini akan membawa manfaat kepada semua guru KAFA di bawah JAIM.

“Setakat ini ia di bawah peringkat akhir perbincangan dan ia akan diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali tentang perkara ini.

“Seperti kita tahu pada belanjawan lalu Melaka ada mengumumkan berita gembira buat mereka tetapi ia diberikan secara ‘one-off’ tetapi kali ini kita akan cuba pastikan ia diberikan secara bulanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyempurnakan Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan UPKK Negeri Melaka Tahun 2022 diadadan di sebuah pusat konvensyen di Bukit Katil, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Datuk Che Shukri Che Mat.

Tambah beliau, jangkaan itu berkemungkinan pada tahun ini berikutan insiatif yang akan disalurkan itu memerlukan pelbagai aspek yang perlu dinilai berikutan ia melibatkan perbelanjaan kewangan yang begitu besar.

“Kita sedaya upaya memberikan yang terbaik tapi perlu bersesuaian dengan kudrat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3686
Kongsi :
Previous post Kongsi rezeki Inap Desa Rahmah
Next post Cahaya tidak hirau ‘diejek’
Ubah saiz-+=