Berkayuh waktu malam saksi keindahan Bandaraya Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 23 Nov – Seramai 26 pelajar Diploma Seni Bina Politeknik Merlimau Melaka (PMM) menyertai kembara basikal sejauh 10 kilometer di sekitar Bandaraya Melaka bersejarah, baru-baru ini.

Pensyarah Kejuruteraan Awam PMM, Mohd Shafrizal Md Hassan berkata kayuhan diadakan pada jam 8.30 malam itu bagi merasai keindahan bandaraya warisan dunia selain memberi kelainan terhadap silibus sukan PMM.

“Kami memulakan kayuhan sekitar jam 8.30 malam bermula di bangunan Pastel dengan menggunakan laluan utama jalan raya menuju ke Dataran Pahlawan.

“Kemudian setelah selesai tiga kilometer kayuhan, kumpulan berbasikal ini melalui pula jalan dalam bagi memberi sedikit cabaran menuju ke Bangunan Stadthuys dan A’Famosa,” katanya kepada MHI.

Katanya program tersebut turut disertai tiga kakitangan PMM yang bersama-sama ingin merasai keindahan berbasikal pada waktu malam.

“Alhamdulillah, kesemua 26 peserta yang mengikuti cabaran berbasikal ini telah menamatkan kayuhan dengan jayanya sejauh 10 kilometer sekitar bandaraya Melaka yang berakhir di Mahkota Hotel,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (USKK) PMM Amir Awang Muda berkata kayuhan itu antara aktiviti sukan dibawah kursus kokurikulum yang menjadi keperluan kepada pelajar untuk mereka yang memilih sukan tersebut.

“Saya harap ini ‘kickstart’ bagi program-program sukan di luar untuk dianjurkan kerana selama ini kita melakukan sukan secara ‘indoor’ sahaja,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1145
Kongsi :
Previous post Saya bukan disingkirkan, tapi…
Next post Watan (1976-1997): An Independent Voice of the Times
Ubah saiz-+=