Bimbingan khas diberikan kepada saudara baharu

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

PAYA RUMPUT 30 Disember – Saudara baharu yang memeluk Islam akan diberi bimbingan dan dipantau oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi memastikan mereka menjadi Muslim yang sejati.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Md Rawi Mahmud berkata, individu yang baharu berhijrah ataupun mengucap dua khalimah syahadah akan diberi perhatian oleh Bahagian Dakwah JAIM.

“Kita memang ada buka kelas bimbingan untuk membantu mereka ini mempelajari asas agam Islam dan fardhu ain. Malah daripada segi bantuan pula membabitkan kewangan atau makanan.

“Malah kita juga ada penggerak untuk mengajar dan membimbing mereka ini menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

“Saya yakin dengan usaha dan pendekatan yang dibuat akan ada lebih ramai khususnya masyarakat Orang Asli untuk memeluk agam Islam,” katanya.

Beliau ditemui selepas Ceramah Agama Perdana ‘Ku Langkah Dengan Bismillah’ yang dianjurkan sempena Karnival Islamik Antarabangsa Melaka (KIAM ’23), di perkarangan Stadium Hang Jebat, semalam.

Ceramah yang disampaikan penceramah luar negara, Ustaz Fadlan Sabun itu bertukar syahdu apabila dua daripada pengunjung yang juga masyarakat Orang Asli terbuka hati untuk memeluk Islam.

Md Rawi berkata, pihaknya amat bersyukur dan terharu apabila kedatangan Ustaz Fadlan Sabun membawa aura yang begitu sehingga pengunjung terbuka hati mengucap dua khalimah syahadah.

“Suasana dan detik itu amat mengharukan apabila ada pengunjung yang terbuka hati untuk peluk Islam, kita langsung tidak menyangka awalnya seorang wanita dan kemudiannya seorang remaja lelaki.

“Untuk makluman dua tahun kita cuba usaha untuk membawa beliau ke Melaka akhirnya di KIAM ’23 menjadi kenyataan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

965
Kongsi :
Previous post Keprihatinan Kerajaan Negeri mudahkan urusan pengantin
Next post TMM2024: Anak Kedah bangga dapat berbakti promosi pelancongan Melaka
Ubah saiz-+=