TMM2024: Anak Kedah bangga dapat berbakti promosi pelancongan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 53 Saat

BANDARAYA MELAKA 30 Disember – “Meskipun saya anak kelahiran Kedah, saya tetap mahu bantu promosikan Melaka sebagai negeri pelancongan. Ini salah satu sebab saya menyertai Volunteer Melaka kerana mahu jadi duta kecil pelancongan negeri ini,” kata Athirah Hannan Mohd Azham, 18.

Athirah berkata, dia tampil lebih untuk berinteraksi dengan orang ramai dan belajar banyak perkara baharu selepas menyertai program itu.

Katanya, sepanjang setahun di negeri ini menjadikan dia lebih bersemangat untuk mengenali lebih banyak destinasi menarik dan mahu berkongsi maklumat diperoleh bersama pelancong yang datang sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Whatsapp Image 2023 12 30 At 12.44.05 Pm
ATHIRAH

“Biarpun saya anak Kedah, tetap mahu berkhidmat untuk negeri ini kerana Melaka ada banyak lokasi menarik dan seronok.

“Alhamdulillah, selain dapat mengenali rakan-rakan baharu saya banyak belajar bercakap dengan orang, jadi saya sudah bersedia untuk membantu dan tidak sabar melihat kedatangan pelancong pada tahun hadapan,” katanya.

Terdahulu, dia bersama 15 rakannya yang lain telah menerima vest dan passport disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Penyerahan Vest dan Buku Passport Volunteer TMM2024 dan Inisiatif Paramadik Komuniti di Grand Stage Pelancaran TMM2024, di Pengkalan Rama di sini malam tadi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin serta Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Turut hadir Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Sementara itu, seorang lagi sukarelawan Muhammad Luqman Abdullah, 20, berkata, mengikut perancangan dia akan aktif sebagai sukarelawan jika tidak ada kuliah terutama pada hujung minggu.

Muhammad Luqman berasal dari Kuantan, Pahang berkata, program itu mendedahkannya kepada tempat bersejarah dan berasa bertuah kerana diajar cara berkomunikasi menggunakan dua bahasa.

Whatsapp Image 2023 12 30 At 12.44.29 Pm
MUHAMMAD LUQMAN.

“Banyak yang saya belajar sepanjang menyertai sukarelawan ini sekali gus dapat mencipta kenangan baharu bersama rakan-rakan.

“Sebagai pelajar ini salah satu cara untuk saya mengurangkan tekanan dengan mengisi masa lapang membantu masyarakat dan negeri ini untuk memperkasakan lagi industri pelancongan Melaka,” katanya.

SUKARELAWAN menunjukkan Passport Volunteer TMM2024 milik masing-masing.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

826
Kongsi :
Previous post Bimbingan khas diberikan kepada saudara baharu
Next post Kerani mangsa penipuan pelaburan rugi RM240,000
Ubah saiz-+=