
Kerani mangsa penipuan pelaburan rugi RM240,000
SIBU, 30 Disember – Seorang kerani sebuah syarikat di sini kerugian kira-kira RM240,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan wang dalam talian menerusi sebuah aplikasi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata wanita berusia awal 50-an itu menerima mesej WhatsApp daripada suspek yang mempromosikan pelaburan saham itu melalui aplikasi ‘FTSE VIP’ pada penghujung November lepas.
Menurutnya suspek kemudian memberi penerangan mengenai pelaburan tersebut yang menawarkan keuntungan 200 hingga 350 peratus.
“Mangsa yang tertarik dengan pelaburan itu telah melakukan 15 transaksi pemindahan wang secara dalam talian berjumlah RM240,000 ke tiga akaun bank atas nama syarikat berlainan dari penghujung November hingga penghujung Disember.
“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah tidak memperoleh apa-apa keuntungan daripada pelaburan seperti dijanjikan suspek, sebelum tampil membuat laporan pada 28 Dis lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mancha berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TEMPOH PERCUBAAN ‘GO STRAIGHT’ DI PERSIMPANGAN HICOM PEGOH, JALAN TUN ABDUL RAZAK
AYER KEROH 4 Jun - Tempoh percubaan bagi inisiatif 'Go Straight' dilaksanakan diPersimpangan Hicom-Pegoh dan Jalan Tun Abdul Razak -...
UJIAN MOHD HAFIZ DAPAT PERHATIAN KERAJAAN NEGERI
BANDA HILIR 4 Jun - Kunjungan Ziarah Kasih sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda...
WRUR BANDA HILIR: CHAU YEN KOMITED SELESAI 80 PERATUS ADUAN RAKYAT
BANDA HILIR 4 Jun - Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada keseluruhan aduan rakyat yang diterima dijangka dapat diselesaikan sepanjang pelaksaan program...
WRUR BANDA HILIR: CHAU YEN TERUSKAN MISI DEKATI GOLONGAN MEMERLUKAN
BANDA HILIR 4 Jun - Usaha mendekati golongan memerlukan menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Hilir Leng Chau...
AIDILADHA AJAR MUALAF ERTI PENGORBANAN, BERKONGSI REZEKI
KESIDANG 4 Jun – Penglibatan dalam Projek Sunduk Korban bukan sekadar memberi peluang kepada seorang mualaf untuk berbakti kepada masyarakat,...
JKM SINGGAH DI LEBIH 1,400 KEDIAMAN SEPANJANG WRUR
BANDA HILIR 3 Jun - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyantuni penghuni dalam kalangan golongan kurang berkemampuan di 1,450 rumah seluruh...
