Bomba buka pengambilan 509 anggota baharu

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDA HILIR 19 Mei – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan membuka pengambilan 509 anggota baharu pada tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, pengambilan itu akan dibuka di seluruh negara bagi menambah kekuatan pasukan penyelamat negara.

Menurut beliau, setakat ini hampir JBPM telah mempunyai hampir 15,000 anggota di seluruh negara.

“Jadi, kepada anak-anak muda yang bercita-cita menabur bakti untuk menjadi wira dan wirawati merah negara adalah dialu-alukan untuk memohon,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyertai Larian Bersama Bomba 2024 Malaysia Madani di perkarangan Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Wira M Noor Azman Taib dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad.

Yang turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Salhah Salleh; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan Saliran Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri dan lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Kor Ming memaklumkan, anggota dan pegawai bomba di seluruh negara bakal menerima berita gembira susulan semakan skim gaji yang diumumkan Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini adalah satu pengiktirafan dan penghormatan kepada anggota bomba yang telah bertungkus-lumus menyumbang kudrat dan khidmat bakti kepada negara selama ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

152
Kongsi :
Previous post 10,000 gamatkan larian bersama ‘wira merah’
Next post Melaka bakal dapat balai bomba baharu
Ubah saiz-+=