
Bot karam, 10 pendatang tanpa izin ditemukan lemas
KOTA TINGGI, 15 Dis – Seramai 10 pendatang tanpa izin ditemukan lemas manakala 21 lagi selamat apabila bot dinaiki mereka karam dipercayai akibat cuaca buruk di perairan Tanjung Balau, di sini awal hari ini.
Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kejadian itu dilapor pada 4.30 pagi dan operasi mencari serta menyelamat mangsa yang masih hilang sedang dilakukan.
“Berdasarkan maklumat awal, kira-kira 60 pendatang tanpa izin berada di dalam bot itu…10 mayat ditemukan oleh pasukan Tentera Darat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengaktifkan Op Carilamat bermula 8.50 pagi ini dengan mengatur gerak pesawat AW 139 Agusta, kapal KM Tegas dan bot Petir 50.
Sub Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru menerima laporan kejadian daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, yang mendapat maklumat berhubung penemuan bot berkenaan di pantai itu daripada Markas Taktikal Tanjung Sepang, katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...

