Budaya lapan etnik memukau di Festival Melaka Heritage

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BANDA HILIR 9 Julai – Kepelbagaian budaya dan warisan lapan etnik Melaka yang wujud sejak 600 tahun lalu memukau tontonan kira-kira 5,000 pengunjung pada Festival Melaka Heritage 2023 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di sini.

Festival yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-15 Melaka Bandaraya Warisan Dunia – Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu menampilkan kepelbagaian etnik terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Portugis, Chetti, Jawa dan Orang Asli.

Kemeriahan festival itu turut diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan isteri, Datin Seri Zuriyah Abd Aziz.

6a787262-b3a5-44fe-90fa-1417ae523776
PERSEMBAHAN zaman Kesultanan Melayu Melaka

Bertemakan ‘Warisan Untuk Generasi’, Tun Mohd Ali turut tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan kebudayaan dan warisan Negeri Melaka yang wujud sejak 600 tahun lalu.

Malah, orang ramai yang hadir turut ‘asyik’ menyaksikan persembahan berkenaan bagi mengetahui  sejarah zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan kedidukan negeri yang strategik sebagai pelabuhan penting di alam Melayu pada zaman itu.

Lebih mencuri tumpuan, kehadiran pelakon jelita, Vanidah Imran tampil menjadi penglipur lara menyampaikan sejarah keagungan Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2155
Kongsi :
Previous post KPDN akan ambil tindakan tegas terhadap pihak tukar bungkusan atau label beras
Next post Utamakan pulihara harta warisan Melaka – KM
Ubah saiz-+=