
Buka sempadan langkah akhir dilaksanakan kerajaan dalam memerangi Covid-19
PONTIAN 12 Julai – Pembukaan pintu sempadan akan menjadi perkara terakhir dilaksanakan kerajaan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 dan memastikan trend jangkitan kes import terus berkurangan dalam negara.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata langkah itu diambil kerana kebanyakan kes baharu yang direkodkan dalam negara merupakan kes dari luar (kes import).
“Dalam protokol kita menjaga atau menangani COVID-19, antara perkara yang kita sangat berhati-hati ialah kawalan terhadap sempadan kerana sempadan kita bukan hanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi juga di Johor, sempadan bersama Thailand, sempadan di Sabah serta Sarawak dan juga pintu-pintu masuk melalui jalan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi townhall anjuran UMNO Tanjung Piai di Kukup, semalam.
Ia sebagai mengulas sama ada kementeriannya bersedia untuk menyaring lebih ramai individu susulan terdapat rancangan membuka pintu sempadan kepada negara yang dikategorikan sebagai zon hijau dalam kes COVID-19, termasuk Singapura.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
BERUNDING ELOK-ELOK, PILIH ‘PARTNER’ YANG IKHLAS DAN JUJUR – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 6 September - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi mandat kepada Ketua...
WAKIL RAKYAT MELAKA MESTI ‘KETUK PINTU’ RUMAH RAKYAT
TABOH NANING 3 September - Semua wakil rakyat di Melaka diminta turun padang dan 'mengetuk pintu' rumah rakyat bagi menyelami...
AURA ZIANA ZAIN ‘PUKAU’ KLEBANG
KLEBANG 30 Ogos - Kemunculan penyanyi popular tanah air, Datuk Ziana Zain mencuri perhatian pengunjung pada Sambutan Ambang Merdeka Peringkat...
MELAKA BERPOTENSI JADI LOKASI ALTERNATIF PENGANJURAN LIMA
KLEBANG 30 Ogos - Melaka berpotensi menjadi lokasi alternatif bagi penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) pada masa...
BUSANA UNIK TARUHAN MPHTJ PERTAHAN KEJUARAAN PERBARISAN
KLEBANG 29 Ogos - Penampilan unik menerusi busana dan elemen hiasan berbeza menjadi taruhan kontinjen Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...
