Bukit Serindit jadi medan pelapis hoki berentap

Masa Membaca:2 Minit, 9 Saat

BUKIT BARU 31 Januari – Sebanyak 72 pasukan dari seluruh negara berentap bagi merebut gelaran juara pada Kejohanan Hoki Piala Ketua Menteri Melaka BTHC 7’S 2022 Terbuka Bawah 11 Tahun Peringkat Kebangsaan, 28 dan 29 Januari lalu.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Hoki MBMB Bukit Serindit itu menyaksikan johan kategori lelaki menjadi milik pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Gembira, manakala Seteguhrianz Girls pula dinobatkan juara bagi kategori perempuan.

SK Taman Gembira muncul johan selepas menewaskan BTHC Thunder, manakala Seteguhrianz Girls unggul mengatasi SK Taman Gembira Girls, sekali gus

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam berkata, kejohanan kali kedua yang berlangsung itu mendapat sambutan cukup menggalakkan apabila disertai atlet cilik terbaik dari seluruh negara.

“Kejohanan selama dua hari ini membabitkan penyertaan atlet hoki di bawah usia 11 tahun.

“Setiap pasukan yang bertanding ini adalah antara pasukan terbaik yang mewakili sekolah atau persatuan bagi memberi saingan kepada pasukan lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merasmikan penutup kejohanan berkenaan di Stadium Hoki MBMB Bukit Serindit, 29 Januari lalu.

325905735_1222418101965846_5662390609429877792_n
ANTARA aksi atlet cilik hoki negara di Stadium Hoki MBMB Bukit Serindit.

Menurut Shanmugam, selain kejohanan itu, Melaka bakal menjadi tuan rumah kepada dua lagi kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) iaitu bola jaring dan hoki yang dijangka berlangsung pada September dan Oktober tahun ini.

Katanya, penganjuran dan aktiviti sukan di peringkat akar umbi itusangat penting dalam bukan sahaja melahirkan bintang sukan bertaraf dunia, bahkan turut membentuk generasi terbilang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Kerajaan Negeri juga bakal memperbanyakkan penganjuran sukan di setiap daerah sebagai platform mencungkil bakat baharu dan mencari atlet pelapis Negeri Melaka.

“Di Melaka saya berpendapat kita mempunyai ramai pemain atau atlet berkaliber tetapi kita kurang pertandingan.

“Maka kalau kita adakan pertandingan di peringkat sekolah bermula dengan sekolah rendah itu adalah bentuk asas pembetukan seorang atlet.

“Saya kini dalam proses menganjurkan sukan di setiap daerah yang mana daripada situ kita boleh cungkil bakat baharu,” katanya.

Tambah beliau, program bapa angkat yang sebelum ini membabitkan wakil rakyat, Exco dan jabatan serta agensi Kerajaan Negeri yang diadakan sebelum ini akan diadakan secara berterusan.

“Sebelum ini seperti SUKMA dalam masa terkahir dua atau tiga bulan baru kita namakan wakil rakyat dan sebuah agensi kerajaan sebagai bapa angkat pasukan tetapi saya rasa itu tidak berkesan.

“Selepas berbincang dengan Ketua Menteri, kita cadangkan ia dijadikan program berterusan dan setiap kejayaan akan menjadi pencapaian untuk setiap bapa angkat yang dilantik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2031
Kongsi :
Previous post Tergamam lihat gerai belacan, cencaluk dirempuh kereta
Next post MAIM sumbang RM10,000 baik pulih surau Orang Asli
Ubah saiz-+=