COVID-19: Bomba Melaka laksana 275 sanitasi di premis, sekolah

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 17 Feb – Sebanyak 275 premis di seluruh negeri yang dikesan merekodkan kes positif COVID-19 telah disanitasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka sepanjang Januari hingga 16 Feb tahun ini.

Pengarah JBPM Melaka Abu Bakar Katain berkata, premis itu membabitkan bangunan kerajaan, institusi pendidikan (sekolah, institut pengajian tinggi) dan rumah ibadat (masjid, surau, kuil, tokong).

Jelasnya, daripada jumlah tersebut, kompleks dan bangunan kerajaan merupakan premis tertinggi disanitasi pihak bomba iaitu sebanyak 170 premis.

“Ia diikuti 74 sekolah dan institusi pengajian serta 31 rumah ibadat di seluruh negeri.

“Secara kumulatif, sebanyak lapan sanitasi harian dijalankan pihak bomba di seluruh negeri setiap hari,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

INFO grafik Op Sanitasi dilakukan JBPM Melaka.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh menjadi balai tertinggi menjalankan sanitasi iaitu sebanyak 128 sanitasi.

Ia diikuti 32 sanitasi oleh BBP Merlimau, BBP Masjid Tanah (30 sanitasi), BBP Melaka Tengah (25 sanitasi) serta 12 sanitasi oleh BBP Bukit Katil dan Jasin.

“BBP Padang Temu pula telah melaksanakan lapan sanitasi, manakala enam sanitasi oleh BBP Alor Gajah.

“Terdapat dua balai iaitu BBP Jasin Bestari dan BBP Tangga Batu tidak merekodkan sebarang kerja-kerja sanitasi setakat ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

980
Kongsi :
Previous post Kes samun Port Dickson: Tiga kakitangan stesen minyak dipanggil beri keterangan
Next post Pelan hala tuju robotik negara akan dibangunkan – PM
Ubah saiz-+=