COVID-19: Melaka pandang serius penularan mendadak

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 6 Okt. – Kerajaan negeri memandang serius berhubung penularan mendadak kes jangkitan pandemik COVID-19 yang berlaku terutama kes jangkitan positif yang dicatatkan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, susulan daripada peningkatan terbabit pihaknya meminta mana-mana individu yang baru pulang dari kawasan berisiko tinggi seperti Sabah dan Kedah diarahkan supaya menjalani tempoh
kuarantin berwajib termasuk mematuhi setiap arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Ujarnya, kegagalan mematuhi segala arahan dan peraturan yang ditetapkan mengakibatkan masalah ini berlaku kepada individu terlibat sehinggakan boleh menyebabkan penularan wabak tersebut berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Sebagai sebuah negeri pelancongan yang menjadi nadi utama ekonomi negeri, Melaka begitu berharap kepada kedatangan pelancong khususnya pelancong domestik untuk terus menjana ekonomi negeri.

“Semua pihak perlu berganding bahu memutuskan rantaian penularan wabak tersebut bagi memastikan sektor pelancongan domestik di samping sektor ekonomi dan sosial yang lain dapat terus beroperasi seperti biasa dalam tempoh agak sukar ini.

“Hanya kitalah yang perlu mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dengan sentiasa mengamalkan amalan norma baharu ini yang sekali gus mampu memutuskan penularan rantaian COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi.

Views:

473
Kongsi :
Previous post Melaka River Cruise ‘belanja’ petugas barisan hadapan
Next post Melaka masih buka pintu buat pelancong domestik
Ubah saiz-+=