COVID-19: PKPB di Sandakan, Papar, Tuaran dan Klang bermula 9 Oktober ini

Masa Membaca:55 Saat

​​​​​​KUALA LUMPUR 7 Okt. – Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di zon merah iaitu Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah dan Klang di Selangor, bermula 9 Okt ini susulan peningkatan kes COVID-19 di kawasan tersebut.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan ini diambil bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut, serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

“Pergerakan keluar masuk di keempat-empat kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan. Hanya perkhidmatan perlu, termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.

“Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan tersebut,” katanya dalam sidang media secara maya dari kediamannya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan hari ini.

Katanya, antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi kawasan yang terlibat adalah, hanya dua orang sahaja dari sesebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan rumah, perniagaan bukan perkhidmatan perlu perlu ditutup, serta waktu operasi restoran, kedai makan, kedai runcit dan kedai serbaneka adalah dari 6 pagi hingga 6 petang.

— BERNAMA

Views:

402
Kongsi :
Previous post KM tak setuju PLKN di Melaka dijadikan lokasi penempatan sementara banduan
Next post Agong berkenan lantik TYT Melaka sebagai Canselor UTeM
Ubah saiz-+=