COVID: Kes harian baharu naik semula setelah lima hari catat penurunan – KP Noor Hisham

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Selepas lima hari berturut-turut mencatat penurunan di bawah angka 20,000, kes positif harian COVID-19 negara semalam meningkat semula dengan merekodkan 21,483 kes berbanding 17,828 pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 21,483 kes positif COVID-19 yang dicatatkan semalam, 1,339 kes melibatkan kemasukan ke hospital dengan 553 kes atau 41.3 peratus adalah dalam kategori 3, 4, dan 5 manakala 786 kes atau 58.7 peratus adalah kategori 1 dan 2.

Beliau berkata 32,561 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes sembuh 3,745,229 kes, dan tiga negeri menunjukkan peratusan pengisian katil COVID-19 bagi kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus iaitu Kuala Lumpur (70 peratus), Johor (62 peratus), dan Selangor (60 peratus).

Dr Noor Hisham dalam kenyataan di sini hari ini berkata pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 209 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 24 peratus.

Mengenai nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 negara, beliau berkata ia menurun kepada 0.91 dengan Sarawak mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.01 diikuti Perak dengan 1.00.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

558
Kongsi :
Previous post Hari Air Sedunia, peringatan kepada semua untuk lebih hargai kepentingan air – PM Ismail Sabri
Next post Azizulhasni rancang bersara selepas Sukan Olimpik Paris 2024
Ubah saiz-+=