
Covid: Malaysia catat kes harian tertinggi dengan 7,857 kes
Jumlah itu adalah yang tertinggi sejak pandemik itu dikesan di negara ini pada Januari tahun lalu dan menjadikan kumulatif kes sebanyak 541,224.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran dalam laman Twitternya hari ini memaklumkan, Selangor masih menjadi negeri dengan kes harian tertinggi sebanyak 2,675 kes diikuti Sarawak (772), Kelantan (754), Kuala Lumpur (561), Johor (549), Kedah (441) dan Pulau Pinang (365).
Selain itu, Negeri Sembilan merekodkan 353 kes, Terengganu (282), Pahang (238), Melaka (234), Perak (228), Sabah (217), Labuan (170), Putrajaya (12) dan enam kes di Perlis.
Pada 14 Mei lalu, Dr Noor Hisham menerusi lampiran graf pemodelan dan ramalan COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan lebih 8,000 kes sehari menjelang bulan depan sekiranya prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LTDL 2026: RAIKAN SEMANGAT KESUKANAN, PROMOSI PELANCONGAN MELAKA
PAYA RUMPUR 23 Julai - Perlumbaan Peringkat Ketujuh, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 dari Melaka ke Batu Pahat, Johor...
80 TAHUN MELAKA FM, 80 ANAK PENYU KARAH DILEPASKAN
TANJUNG BIDARA 23 Julai - Sambutan ulang tahun ke-80 MELAKAfm diraikan penuh bermakna apabila sebanyak 80 ekor anak penyu karah...
MENARA TAMING SARI KONGSI KASIH, SENTUH HATI PENGHUNI RUMAH SERI KENANGAN
PAYA RUMPUT 22 Julai – Kegembiraan jelas terpancar pada wajah penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheng apabila menerima kunjungan kakitangan...
MPHTJ PELAJARI BAHASA ISYARAT DEKATI KOMUNITI OKU
AYER KEROH 22 Julai - Komunikasi yang mudah difahami menjadi kunci kepada perkhidmatan lebih inklusif terutama dalam memastikan komuniti Orang...
PENJUAL KEROPOK DIDAKWA CEROBOH, SELUDUP TEMBAKAU KE DALAM PENJARA GUNA DRON
MELAKA 22 Julai - Seorang penjual keropok mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas...
MPAG UBAH WAJAH TANDAS AWAM BERTARAF ‘BMW’
REMBIA 22 Julai - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkukuh budaya kebersihan awam menerusi penganjuran Kempen Tandas Bersih MPAG...
