Dah tak perlu tunggu lama nak hantar WhatsApp

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

TABOH NANING 17 Mac – Pengguna jalur lebar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning bakal menikmati capaian internet yang lebih berkualiti dan cekap dengan pembinaan tiga menara telekomunikasi setinggi 45 meter di DUN itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin berkata, menara di Kampung Solok Uban, Brisu sudah siap sepenuhnya, sementara itu kemudahan sama di Kampung Bukit Dalam, bakal beroperasi menjelang Aidilfitri nanti.

Zulkifli berkata, sebuah lagi menara di Kampung Hulu Sungai Buloh pula sedang dalam proses pembinaan dan apabila siap sepenuhnya ketiga-tiga kemudahan itu akan memberikan manfaat kepada lebih 20,000 pengguna sekitar DUN Taboh Naning.

Katanya sesuai dengan perkembangan komunikasi semasa, capaian jalur lebar berkualiti dan cekap menjadi satu keperluan buat pengguna tanpa mengira lokasi  mereka berada.

“Kami mengucapkan penghargaan kepada semua pihak terlibat terutama kepada Melaka ICT Holdings (MICTH), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Melaka dan syarikat telekomunikasi berkenaan.

“Insya-Allah apabila siap sepenuhnya masalah capaian internet dan perhubungan di DUN Taboh Naning akan diatasi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Simbolik Penyerahan Menara Telekomunikasi Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) Kepada Pihak Maxis Broadband Sdn. Bhd. di Kampung Solok Uban, Brisu, di sini hari ini.

WhatsApp Image 2023-03-17 at 1.24.33 PM
ZULKIFLEE (tengah) mendengar taklimat daripada kakitangan Maxis Broadband Sdn. Bhd. berhubung operasi menara telekomunkasi yang siap dibina di Kampung Solok Uban.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MITCH, Dr. Nazdiana Ab. Wahab, Pengarah MCMC Melaka, Luqman Ali serta tetamu lain.

“Banyak rungutan diterima daripada penduduk sebelum ini ada mendakwa jika mahu hantar mesej menggunakan aplikasi WhatsApp mereka terpaksa tunggu antara lima hingga 10 minit sebelum dihantar kepada penerima,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2138
Kongsi :
Previous post Hotel ‘ternak’ jentik-jentik, kotor
Next post Tiang lampu pemancar 5G
Ubah saiz-+=