Dialog Buah Melaka medan belia bersuara

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 8 Februari – Dialog Buah Melaka berlangsung di sebuah hotel, di sini, 4 Februari lalu disertai 60 belia mewakili Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil pelajar.

Dialog itu bertujuan untuk membincangkan isu berkaitan seperti mengenal pasti kategori belia berasaskan demografi, keperluan, citarasa dan kehendak sosio ekonomi.

Penganjuran program itu secara tidak langsung menjadi platform kepada belia untuk berkongsi pandangan dan melontarkan idea mereka berasaskan data-data yang didapati daripada Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan (i-Lead ).

Program telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Screenshot_2023-02-08-09-15-48-125-edit_cn.wps.xiaomi.abroad.lite
SHAMSUL Iskandar ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Dalam ucapan perasmian, beliau menekan mengenai kepentingan pemikiran jalur yang seimbang dalam kalangan belia yang telah memacu kepada kemajuan negara ini walaupun berbeza ideologi politik.

Hadir sama pada program itu Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim, merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya selain Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Melaka, Khairul Adri Rosli.

Kesimpulannya, Dialog Buah Melaka menjadi permulaan ruang titik temu antara belia dan kerajaan dalam usaha untuk menjadikan golongan itu kumpulan strategik kepada pembuat polisi kerajaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1340
Kongsi :
Previous post Pes sizzling ilham arwah suami penyambung rezeki
Next post Datuk Bandar pesan jaga kebersihan
Ubah saiz-+=