Sorting by

×

Dondang Sayang Melaka ‘pukau’ penduduk Yala, Thailand

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 7 Mac – Kerajaan Negeri Melaka membawakan dondang sayang pada Festival Hari Melayu Yala 2023, di Changpuak Park, Yala, Thailand, baru-baru ini.

Persembahan warisan kebudayaan tidak ketara yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) itu mendapat sambutan hangat penduduk Yala pada festival itu.

Menurut Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA) Abdul Malek Bador, persembahan tersebut telah dijayakan artis budaya, penyanyi dan pemuzik dari INSWA.

Menurutnya, antara objektif utama festival berkenaan adalah mengangkat kebudayaan dan warisan Melayu kepada masyarakat setempat di Wilayah Selatan Thailand.

“Program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat Melayu di antara tiga negara iaitu Malaysia-Indonesia-Thailand.

“Secara tidak langsung penyertaan INSWA ini dapat mempromosikan Melaka menjelang Tahun Melawat Melaka 2024,” katanya dalam satu kenyataan.

Festival berkenaan turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis; Pengurus Besar Tourism Melaka Sa’ari Basiron; Pengurus Besar Menara Taming Sari Sdn Bhd Azlan Aidin dan Pengurus Besar Sungai Melaka Ventures Norman Mohd Baroldin.

Terdahulu, festival itu telah dirasmikan Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Thailand Somkeart Phonprayoon.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1925
Kongsi :
Previous post MPHTJ gempur ‘port’ sampah longgok
Next post Buruh maut, motosikal dirempuh lori
Ubah saiz-+=