ESS-15 pacu Bandaraya Melaka ke arah zon udara bersih

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 13 Januari – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membangunkan Environment Sensor Station-15 (ESS-15) yang menjadi pemangkin kepada standard kualiti udara baik sekali gus menuju ke arah bandar zon udara bersih.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, inisiatif hasil inovasi pelbagai pihak termasuk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Malaya (UM) dan beberapa syarikat swasta adalah pelengkap kepada indikator bandar pintar pada peringkat Developing Smart City.

Katanya, kesemua 15 ciri yang ada pada ESS-15 itu membolehkan pengguna mengakses pelbagai data termasuk bagi tujuan analisis kualiti udara seperti suhu, kandungan karbon monoksida, kelembapan udara, tekanan udara dan taburan air hujan.

“ESS-15 ini dipasang di 14 lokasi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran MBMB dalam usaha kita untuk memastikan alam sekitar berada dalam keadaan bersih dan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian ESS-15 dan Melaka Touch Point di Dataran Bandaraya MBMB, di sini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari.

Shadan berkata, terdapat beberapa piawaian kualiti udara yang perlu diambil kira oleh pihak Europian Union (EU), US Environmental Protection Agency (EPA), World Health Organisation (WHO) dan ISO 14001 yang meliputi kualiti udara, air, pengurusan sisa dan sebagainya

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

653
Kongsi :
Previous post Penunggang motosikal lawan arus putus kaki kanan
Next post Melaka Touch Point, kiosk pintar mudahkan orang ramai
Ubah saiz-+=