Fairul sedia tuisyen percuma di Asahan

Masa Membaca:59 Saat

ASAHAN 10 Dis – Pembangunan dalam pendidikan antara fokus utama selepas diberi mandat kerana berupaya menjadi kunci kepada kestabilan ekonomi keluarga, negeri dan negara.

Itu matlamat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan selepas diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov lalu.

Jelasnya, bagi mencapai matlamat itu, akses jaringan internet dan tuisyen rakyat secara percuma akan ditunaikan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.

“Dalam pada itu seramai 200 pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di DUN Asahan akan menerima tuisyen rakyat percuma bermula 9 Dis.

“Untuk jaringan internet pula, saya telah berjumpa dengan Menteri Komunikasi dan berbincang untuk menambah baik jaringan internet serta talian komunikasi di kawasan ini yang mana akan memberi manfaat kepada lebih 28,000 penduduk setempat,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Fairul Nizam yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Melaka berkata antara perkembangan lain, beliau telah membuat perjumpaan bersama Pengarah Lembaga Perumahan Melaka, Mohd Salleh Hamidon untuk melaksanakan pembinaan rumah mampu milik di DUN terbabit.

“Saya dah berjumpa dengan Pengarah LPM, untuk melaksanakan pembinaan rumah mampu milik dalam DUN Asahan, dan perkara itu masih diperingkat perbincangan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

767
Kongsi :
Previous post MTA lancar logo baharu
Next post 97.2 peratus populasi dewasa lengkap divaksin
Ubah saiz-+=