Gunakan kuasa memilih dengan bijak

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 11 Oktober – Rakyat diingatkan supaya memilih dengan bijak bagi memastikan kerajaan akan mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bukan sahaja cekap sebaliknya mampu terus memacu pertumbuhan ekonomi.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, PRU-15 tidak lama lagi adalah peluang terbaik buat rakyat untuk menentukan siapa, kerajaan yang akan datang.

“Jadi hari ini kuasa penuh ditangan rakyat Malaysia. Kalau hendak pilih sesebuah kerajaan, pilih betul-betul jangan pilih ini sikit dan ini sikit.

“Saya bimbang kali ini akan jadi seperti dahulu. Kalau jadi seperti dahulu maka hilanglah kepercayaan pelabur untuk datang ke Malaysia begitu juga Melaka,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Melaka 2022, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Wanita Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Melaka Datuk Mohd Nadzri Abdul Rahman.

Sulaiman berkata, berikutan ketidakstabilan politik selepas PRU-14 ramai pelabur menangguhkan hasrat untuk ke Malaysia termasuk Melaka, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

“Ada pelabur mahu datang ke Negeri Melaka,  tetapi mereka terpaksa menarik ‘handbrake’ dulu kerana ingin melihat bagaimana Kerajaan Persekutuan .

“Pilihlah kerajaan yang boleh memajukan lagi negeri. Kalau dahulu kata kerajaan pintu belakang, kerajaan tebuk atap, sudah tiada lagi. Saya hairan kali ini pembangkang tidak mahu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1861
Kongsi :
Previous post Bekas Pengurus Kanan MAHC didakwa gagal lapor pemberian sogokan
Next post Tambah ilmu dan berikan perkhidmatan terbaik
Ubah saiz-+=