‘Harap Bajet 2021 Melaka menggembirakan semua’

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 28 Okt. – “Sudah pasti usahawan kecil seperti saya mengharapkan yang terbaik seperti kemudahan pinjaman atau dana untuk kami terus mengembangkan perniagaan,” kata usahawan perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) Siti Rohani Awang.

Dia yang mengusahakan perniagaan bahulu dan tart berkata, sebagai usahawan IKS faktor kewangan menjadi pendorong untuk mereka melebarkan perniagaan dan menyediakan modal.

Katanya, dia berharap kerajaan negeri akan membentangkan peruntukan modal atau dana buat pengusaha IKS memandangkan pandemik COVID-19 yang melanda negara secara tidak langsung menjejaskan pendapatan mereka.

“Apa yang diharapkan dalam Bajet 2021 ini akan ada peruntukan pinjaman atau dana khas buat kami. Kebanyakan IKS mengalami kesukaran apabila sebarang permohonan membabitkan kewangan perlu berhadapan dengan birokrasi.

MOHD Hasem

“Sekiranya dalam Bajet Melaka 2021 turut terkandung bantuan khas untuk kami yang terjejas susulan COVID-19 juga adalah amat baik,” katanya.

Menurutnya, ekoran pandemik itu antara IKS yang terkesan apabila tempahan serta pemasaran produknya ke luar Melaka khususnya tidak dapat dipasarkan selain jumlah pengeluaran juga terpaksa dikurangkan.

Sementara itu, bagi pesawah di Pengkalan Batu, Mohd Hasem Haron berkata, tidak lain tidak bukan apa yang diharapkan Bajet Melaka 2021 akan ada berita baik buat pesawah dan petani negeri ini.

“Selain peruntukan dari segi kewangan modal, saya berharap Bajet Melaka 2021 turut menyediakan peruntukan pembiayaan jentera bagi memudahkan kerja seperti menuai padi.

“Kini kami pesawah di Pengkalan Batu terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan mesin bajak jadi apabila Bajet Melaka 2021 memperuntukkan untuk jentera pertanian sudah pasti ia menggembirakan kami,” katanya.

Views:

565
Kongsi :
Previous post Musim ribut barat: Nelayan bersedia ‘cuti panjang’
Next post Potret istimewa dari kaki lima
Ubah saiz-+=