Hari Belia Peringkat Negeri Melaka bakal diadakan September

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 18 Ogos – Hari Belia Peringkat Negeri Melaka bakal diadakan pada September untuk meraikan golongan belia negeri ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Noorman Ramlan berkata, tarikh sebenar penganjuran itu akan diputuskan sedikit masa lagi melalui perbincangan lanjut dengan Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Jelasnya, penganjuran berkenaan bagaimanapun akan mematuhi norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh pasca pandemik Covid-19.

“Memang harapan kita untuk memperbanyakkan program melibatkan belia di negeri Melaka. Untuk penganjuran Hari Belia ini juga adalah untuk golongan ini yang boleh disifatkan sebagai masa depan negara.

“Tapi apa pun, setiap penganjuran yang kita buat mestilah mematuhi SOP yang ditetapkan terutama apabila melibatkan program berskala besar.

“Buat masa ini memang kita sudah memilih September sebagai tarikh sambutan di peringkat negeri. Itu memang telah ditetapkan, cuma tarikh sebenar akan kita maklumkan kemudian,” katanya.

Penganjuran Hari Belia Negara bagi tahun 2020 telah pun diadakan di Johor pada 15 Ogos lalu, bertemakan ‘Dekad Ini Dekad Anda’.

Untuk rekod, tahun lalu, sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 29 Jun bertempat di Dataran Pahlawan, Banda Hilir.

Views:

353
Kongsi :
Previous post Kerajaan negeri sumbang RM50,000 kepada SJKC Malim
Next post Isu Bukit St Paul: ISMA harap nama Bukit Melaka dikembalikan
Ubah saiz-+=