Hari Bertemu Rakyat 2.0 September ini

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 3 Ogos – Hari Bertemu Rakyat Sesi Kedua bakal diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 14 September ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, 96 peratus masalah dan aduan diterima daripada rakyat pada penganjuran kali pertama Jun lalu sudah diselesaikan.

Berikutan itu bagi penganjuran kali kedua Ab Rauf, mahu penambahbaikan dijalankan agar usaha menyelesaikan permasalahan rakyat menjadi lebih lancar.

“Pada Jun lepas seramai 401 pengunjung telah hadir dan Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 185 aduan. Secara keseluruhannya, 176 aduan berjaya diselesaikan dalam masa dua minggu, manakala baki sembilan aduan lagi diselesaikan melebih tempoh 14 hari.

“Kita akan buat sekali lagi dengan melakukan penambahbaikan agar pengadu yang datang dapat berjumpa empat mata dan berurusan secara terus dengan wakil rakyat atau agensi terlibat,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Bagi Bulan Ogos 2023 di MITC, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem, barisan Exco serta Timbalan Exco.

Susulan kejayaan dan kecemerlangan penganjuran Hari Bertemu Rakyat yang lalu, Ab Rauf mengucapkan tahniah kepada kakitangan awam yang komited menyelesaikan masalah orang Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1979
Kongsi :
Previous post Sasar capai nilai pelaburan RM7.6 bilion hujung tahun ini – KM
Next post Ajal elak bangkai anjing
Ubah saiz-+=