Hubungan Melaka, Singapura makin kukuh

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat
SULAIMAN beramah mesra dengan delegasi dari Singapura.

AYER KEROH 17 Julai – Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali menerima kunjungan  Setiausaha Pertama (Politik) Singapura bersama Setiausaha Kedua di Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura dan beberapa wakil delegasi di Pejabat Ketua Menteri, di Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Kunjungan itu dikongsikan Sulaiman menerusi hantaran di Facebooknya pagi ini.

Jelas Sulaiman, hasil dari kunjungan itu, beliau ingin melihat hubungan Melaka-Singapura terus diperkasa.

Dalam sama sama mengucapkan tahniah ke atas kemenangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) baru-baru ini.

“Kerajaan Negeri Melaka terus komited dan mahu hubungan erat bersama Kerajaan Singapura diperkukuhkan, selain turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Perdana Menteri Singapura, Tuan Yang Terutama Tuan Lee Hsien Loong pada pilihan raya Singapura, baru-baru ini.

“Saya melihat kepentingan hubungan dua hala antara Melaka – Singapura, bukan semata-mata atas faktor sejarah silamnya yang panjang, tetapi bersyukur yang sinergi kerjasama itu kini berkembang melalui limpahan kemakmuran dalam sektor ekonomi, perdagangan, perindustrian dan pelancongan.

“Saya juga berbangga kerana rakyat Singapura menjadikan Negeri Melaka sebagai antara destinasi utama di Malaysia untuk berlibur pada hujung minggu dan cuti umum khususnya sebelum berlakunya pandemik COVID-19. Terima kasih sekali lagi di atas kunjungan pada hari ini,” katanya.

Views:

238
Kongsi :
Previous post Tidak laksana semula PPSM langkah tepat – PPSMI
Next post ‘Perabis duit lebih demi SOP’
Ubah saiz-+=