i-Sinar: Mudahkan pengeluaran KWSP – rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

AYER KEROH 4 Dis. – “Kalau boleh pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi program i-Sinar diberikan secara ‘one-off’,” kata Isa Buruk dari Batu Berendam.

Katanya, i-Sinar ternyata membantu rakyat yang terkesan lebih-lebih lagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap setiap bulan.

ISA

“Ia memang membantu rakyat dan untuk ringankan beban, cuma mengikut pada janji awal ia diberikan ‘one-off’ RM10,000 pada yang layak.

“Sekarang ada kategori tertentu pula dan bayaran diberikan secara berperingkat, ini sedikit sukar kepada kita untuk membuat perancangan, kalau boleh mudahkan sedkit  syaratnya” katanya.

Isa berharap supaya kerajaan dapat memberi secara keseluruhan pembayaran wang tersebut.

“Saya ada dua anak belajar di univeristi, saya harap sangat supaya i-Sinar ini dapat membantu dan wang yang selebihnya dijadikan simpanan.

“Dulu saya bekerja sekarang berniaga atas talian sahaja dan pendapatan tidak menentu, ditambah pula isteri hanya suri rumah,” katanya lagi.

Seorang lagi, Azman Hassan,47,bersyukur dengan program i-Sinar ia dapat membantu keluarganya yang terjejas semasa pandemik COVID-19.

AZMAN

“Saya hanya bekerja sebagai pemandu, wang ini memang sangat diperlukan untuk belanja tiga anak yang masih sekolah.

“Isteri suri rumah dan perbelanjaan semuanya bergantung pada saya, jika dapat keluar wang KSWP boleh saya belanja untuk keperluan harian,” katanya dari Kampung Semabok.

Manakala, Salina Salihin,50, pula berkata sebagai peniaga kecil ia dapat membantu memulakan perniagaan semula sepanjang pandemik COVID-9.

“Waktu macam ni pendapatan perniagaan memang terjejas, jika dapat keluar wang boleh saya bayar hutang yang belum diselesaikan.

SALINA

“Suami bekerja tetapi nak harapkan dia seorang memang kesian, saya pun kena bantu cari wang sampingan,” katanya.

Sebelum ini KWSP mengumumkan kemudahan i-Sinar dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 dengan permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020.

Views:

605
Kongsi :
Previous post Cari pasal buat laporan polis palsu
Next post Pemandu lori ke mahkamah, cederakan isteri
Ubah saiz-+=