Pemandu lori ke mahkamah, cederakan isteri

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 4 Dis. – Padah mencederakan isterinya, seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Tertuduh, Muhammad Fais Borhan, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya yang berusia 32 tahun atas sebab bangkitan marah, dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Cheng, kira-kira jam 2 pagi, pada 2 Disember lalu.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari mencadangkan jaminan RM4,000 diberikan kepada tertuduh.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam merayu agar jumlah jaminan rendah dibenarkan dengan alasan mempunyai tangungan tiga anak.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin selain memerintahkan tertuduh tidak mendekati mangsa sehingga kes selesai selain menetapkan 6 Januari depan tarikh sebutan semula kes.

Views:

1042
Kongsi :
Previous post i-Sinar: Mudahkan pengeluaran KWSP – rakyat
Next post Bendahari Kehormat MUSA dilantik CEO Melaka United FC
Ubah saiz-+=