iBin tingkat kesedaran kitar semula

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

BEMBAN 22 November – Empat sekolah di negeri ini terpilih sebagai perintis program tong sampah pintar ‘SMART’ Bin (iBin) dihasilkan menerusi projek penyelidikan ‘Knowledge Transfer and Social Innovation Engagement and Research Helix (KaSEH).

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, projek berkenaan dijalankan sekumpulan pelajar Kolej Pengajian Pengkomputeran Informatik dan Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Jasin.

Katanya, antara objektif inisiatif menghasilkan tong sampah pintar berkenaan yang menggunakan elemen Internet Kebendaan (IoT) adalah untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran kitar semula.

“Projek perintis bermula Julai lalu menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau 2, Jasin; SK Sungai Buloh, Alor Gajah; SK Ayer Merbau dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pay Chiao di Bemban sebagai perintis. Kami menaja 12 unit tong sampah beroda untuk kegunaan murid sekolah, sekali gus menyokong inisiatif iBin.

“Alhamdulillah sejak dilaksanakan saya dimaklumkan program kitar semula di semua sekolah berkenaan mendapat sambutan menggalakkan, difahamkan murid tertarik dan seronok dengan elemen IoT yang digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran ‘Community Engagements Social Research Innovation’ dan Penyerahan Tong Kitar Semula turut dihadiri Ketua Pusat Pengajian, Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Melaka Ts. Dr. Jamaluddin Jasmis, di SJKC Pay Chiao, di sini, hari ini.

Menurut Mohd Norlisam, penghasilan tong sampah pintar iBin secara tidak langsung dapat meningkatkan amalan kitar semula terutamanya dalam kalangan murid sekolah dan ianya dijangka akan dikembangkan ke sekolah lain di Negeri Melaka secara berperingkat.

“Saya amat berharap projek perintis ini akan memberi manfaat kepada semua pihak dan dapat meningkatkan lagi amalan kitar semula di Melaka ini. Pasukan UiTM akan melakukan pemantauan bagi melihat hasilnya, jika mendapat maklum balas memberansangkan kami akan laksanakan fasa seterusnya.

“Namun begitu maklum blas diterima setakat ini amat positif terutama daripada segi kesedaran murid. Malah SWM Environment sentiasa bersedia untuk menaja tong sampah beroda bagi menjayakan projek ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1250
Kongsi :
Previous post Pemangku Sultan pikul tanggungjawab menjaga negeri dan rakyat Johor
Next post SWM main peranan jayakan TMM2024
Ubah saiz-+=