Iktiraf pekerja, beri rehat secukupnya untuk tingkat produktiviti – MPC

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Pengiktirafan oleh majikan kepada pekerja dapat meningkatkan persaingan sihat dalam organisasi, memupuk sikap positif dalam kalangan pekerja seterusnya meningkatkan produktiviti mereka.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata ini antara perkara perlu diberi perhatian majikan selaras tema Hari Pekerja tahun ini iaitu ‘Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia dalam Pemulihan Negara’.

Beliau berkata rehat juga merupakan elemen penting kepada keseimbangan antara kehidupan dengan pekerjaan yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental pekerja, tetapi menyumbang kepada peningkatan produktiviti negara secara amnya.

“Rehatkan minda atau ‘take five’. Ia penting bagi memberi ruang dan masa kepada pekerja mahupun majikan untuk rehatkan diri,” katanya dalam artikelnya yang dimuat naik dalam ruangan Tinta Minda menerusi laman web Bernama.

Ke arah melahirkan kualiti kerja lebih baik, Abdul Latif berkata suasana di tempat kerja turut memainkan peranan penting.

“Sebarkan nilai murni dan sikap positif menerusi kata-kata yang positif di tempat kerja. Pekerja dan majikan juga seharusnya sentiasa berkomunikasi dan berkongsi pendapat,” katanya.

Artikel penuhnya bertajuk ‘Pekerja Bermotivasi Tingkat Produktiviti’ boleh dilayari dalam ruangan Tinta Minda di www.bernama.com.

Tinta Minda atau Thoughts bagi versi bahasa Inggeris merupakan ruang diperkenalkan dalam laman web Bernama untuk golongan pakar pelbagai bidang berkongsi pendapat dan idea mereka mengenai pelbagai topik dan isu semasa.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

820
Kongsi :
Previous post Mantai meriah di sempadan Melaka-Negeri Sembilan
Next post Padah merempit dan lumba haram, 92 remaja ditahan di Ipoh
Ubah saiz-+=