INSWA ke Itali perkenalkan Dondang Sayang

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 7 Ogos – Institut Warisan Melaka (INSWA) dipilih mewakili negara pada acara Grand Finale Ballus 21st International Folklore Festival 2023 di Santa Maria, Uta, Itali, baru-baru ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan institusi itu, INSWA membawa nama negara yang mewakili rumpun Melayu di benua Eropah bagi melestarikan serta memperkasakan warisan seni budaya di persada dunia.

Katanya, festival yang diadakan itu mampu mempromosikan dan memperkenalkan kebudayaan Malaysia khususnya warisan Negeri Melaka iaitu Dondang Sayang di benua Eropah.

Menurut kenyataan itu, seramai 25 orang dari delegasi Malaysia menyertai penganjuran berkenaan yang diketuai Exco Pelancongan, Warisan, Seni & Budaya negeri yang juga merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah INSWA, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Turut serta, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron dan Pengurus Besar Melaka World Heritage, Erne Hamsah.

Seramai 200 peserta seluruh dunia telah menyertai festival berkenaan dimulakan dengan perarakan kebudayaan disertai enam buah negara iaitu Ireland, Amerika Syarikat, Uruguay, Itali dan Malaysia.

INSWA turut menyertai jelajah festival ini di setiap kawasan yang terdapat di Kepulauan Sardegna, Itali dan membuat persembahan di Ussana, Suelli, Susta, Quartucciu, Uta, Nurri, Assemini, dan Decimomannu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1448
Kongsi :
Previous post PRN: Lebih 50 peratus keluar mengundi awal di enam negeri dan PRK setakat 11 pagi
Next post Ilham video tutorial
Ubah saiz-+=