Melaka Gateway cabaran besar M-WEZ – Ketua Pembangkang

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 22 Sept – Isu tindakan mahkamah membabitkan kawasan pembangunan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) dengan projek terdahulu adalah antara cabaran besar yang perlu dijelaskan dalam penubuhan Perbadanan M-WEZ.

Ketua Pembangkang Adly Zahari (Amanah-Bukit Katil) berkata, M-WEZ harus melihat adakah projek mega itu mengambil alih daripada pembangunan projek lain sebelum ini, Melaka Gateway.

Menurutnya, kerajaan juga sudah sedia maklum antara pembangunan M-WEZ dan Melaka Gateway, ianya turut membabitkan tindakan mahkamah yang akan menggugat keyakinan pelabur M-WEZ untuk melabur selagi proses perundangan itu tidak diselesaikan.

“Kalau saya jadi pelabur, saya ada duit, takkan saya yang melabur di kawasan yang ada ada pertindihan mahkamah. Orang ini tuntut, orang ini tuntut dan sebagainya, takkan saya nak letakkan wang di situ?

“…bagaimana kita mahu menyelesaikan dalam konteks M-WEZ ini sendiri sendiri apakah kita punya dasar itu kalau dah diambil tindakan mahkamah kita takkan boleh menyerahkan kepada orang lain.

“Jadi mesti ada satu dasar yang jelas dalam kita memastikan perbadanan ini,” katanya ketika membahaskan usul rang undang-undang enakmen penubuhan Perbadanan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

705
Kongsi :
Previous post UMNO, belia dan NGO sambut baik inisiatif TS35
Next post Melaka bentang rang undang-undang Perbadanan M-WEZ
Ubah saiz-+=