
Jalan Raya Tiga ditutup 16 hari mulai Rabu
KUALA LUMPUR, 14 Dis – Jalan Raya Tiga, Sri Serdang (arah Sri Serdang) sepanjang 200 meter akan ditutup sepenuhnya dan laluan kontra diaktifkan selama 16 hari bermula 16 Dis (Rabu) sehingga 31 Dis ini.
MMC-Gamuda dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja utiliti dan sebarang kerja berkaitan dari pukul 11.00 malam sehingga 5.00 pagi sepanjang tempoh itu.
“Pengguna yang ingin ke Sri Serdang akan dilencongkan ke laluan bertentangan (arah Seri Kembangan) dengan kawalan trafik menggunakan kaedah ‘Berhenti dan Jalan’ yang dikawal pengawal bendera.
“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera bertugas,” menurut MMC-Gamuda.- BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
BERUNDING ELOK-ELOK, PILIH ‘PARTNER’ YANG IKHLAS DAN JUJUR – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 6 September - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi mandat kepada Ketua...
WAKIL RAKYAT MELAKA MESTI ‘KETUK PINTU’ RUMAH RAKYAT
TABOH NANING 3 September - Semua wakil rakyat di Melaka diminta turun padang dan 'mengetuk pintu' rumah rakyat bagi menyelami...
AURA ZIANA ZAIN ‘PUKAU’ KLEBANG
KLEBANG 30 Ogos - Kemunculan penyanyi popular tanah air, Datuk Ziana Zain mencuri perhatian pengunjung pada Sambutan Ambang Merdeka Peringkat...
MELAKA BERPOTENSI JADI LOKASI ALTERNATIF PENGANJURAN LIMA
KLEBANG 30 Ogos - Melaka berpotensi menjadi lokasi alternatif bagi penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) pada masa...
BUSANA UNIK TARUHAN MPHTJ PERTAHAN KEJUARAAN PERBARISAN
KLEBANG 29 Ogos - Penampilan unik menerusi busana dan elemen hiasan berbeza menjadi taruhan kontinjen Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...

