
Jambu lohan diangkat sebagai ikon baharu Melaka – Ghazale
AYER KEROH 12 Okt – Jambu lohan perlu diangkat sebagai ikon baharu produk pertanian Melaka untuk diperkenalkan di Malaysia.
Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Wira Ghazale Muhammad berkata ia termasuk mencadangkan jenama baharu jambu itu dengan menggunakan nama Melaka.

“Jambu lohan yang diusahakan di Pulau Gadong ini antara yang popular sekarang. Dua minggu lepas kita bawa produk-produk tani seperti ubi, keledek selain jambu lohan yang mendapat permintaan tinggi.
“Semalam kita jumpa Ketua Menteri (Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali), jambu ini pun kita nak jenamakan satu lagi produk ikon Melaka dan kita cadangkan pada Ketua Menteri supaya supaya dinamakan dengan nama Melaka.
“Contohnya Jambu Manis Melaka atau Jambu Melaka yang akan dipertimbangkan dalam masa terdekat,” katanya kepada MHI.
Ujarnya, FAMA dan jabatan pertanian akan memasarkan hasil tani khususnya jambu lohan tersebut ke seluruh Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KANAK-KANAK TIGA TAHUN POSITIF DADAH, PEMPENGARUH DITAHAN
AYER KEROH 22 April – Seorang pempengaruh media sosial ditahan polis 15 April lalu bagi membantu siasatan dalam kes pengabaian...
JASIN SUDAH ADA PUSAT KITAR SEMULA PANDU LALU
JASIN 22 April - Agenda kelestarian alam sekitar kini diperkasakan di daerah Jasin dengen pembangunan sebuah fasiliti Pusat Pandu Lalu...
WRUR BUKTI KECEKAPAN, ISU PEMILIKAN TANAH 30 TAHUN SELESAI DALAM MASA DUA MINGGU
MACHAP JAYA 22 April - Isu permohonan tanah tertunggak hampir 30 tahun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya akhirnya...
MELAKA LULUS 606 PTK DALAM TEMPOH 3 TAHUN
MACHAP JAYA 22 April - Sebanyak 606 Permohonan Tanah Kerajaan (PTK) telah diluluskan dalam tempoh tiga tahun pentadbiran Kerajaan Negeri...
WRUR MACHAP JAYA: KILANG TAUGE MACHAP TARIK PERHATIAN KETUA MENTERI
MACHAP JAYA 22 April - Meskipun sudah beroperasi sejak 15 tahun lalu, mungkin ramai masih tidak sedar mengenai kewujudan kilang...
MAIM BELA NASIB TIGA BERADIK YATIM PIATU
PAYA RUMPUT 22 April - Nasib tiga beradik yang kehilangan kedua-dua ibu bapa mendapat perhatian Kerajaan Negeri apabila Majlis Agama...
